Monday, August 1, 2011

Perkara Makruh Ketika Berpuasa.

Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog aku nie. Hari ini baru hari pertama kita berpuasa. Nampak gayanya bukan aku satu family yang berpuasa tapi, dengan kucing kucing aku sekali pun turut berpuasa sama.

Macam biasa, bila kita berada di bulan yang mulia ini, banyak perkara yang kita PERLU tahu bagi memastikan ibadah puasa kita berada dalam keadaan yang gitu. Maksudnya gitu di sini,ibadah yang kita lakukan kalau boleh di lakukan dengan baik dan jayanya. Tak gitu semua.

Hari ni aku nak berkongsikan perkara perkara yang makruh yang biasa di lakukan oleh kita kita semua. Termasuk aku. Hehehhe:

Perkara Perkara Makruh Ketika Puasa. Sumber [SINI]




1. Menggosok gigi selepas gelincir matahari:

Perkara nie, aku rasa selalu aku buat di bulan puasa. Yew la, selalu nya lepas sahur dan sembahyang subuh, aku terus tidur. Then bagun dalam pukul 9 pagi or 10 pagi. Sah sah matahari dah mencanak atas kepala. Biasa la kan, bagun pagi kene mandi, bila mandi kene gosok gigi kan, Bila tak gosok gigi rasa lain macam kan. Errhh kalau boleh adik adik elak kan la perangai buruk itu. Ala untuk bulan ramdhan jew nie.

2. Tidur sepanjang hari:


Ini perangai aku masa kecik kecik nie, nak tidur je keje nya. Siang tidur, malam berjaga. Untuk bulan puasa ini, kurang kurang kan lah tidur, banyak banyak kan la amalan . Bulan lain kita dah banyak tidur, tak akan bulan ramadhan pun gigih nak tidur jugak kan sepanjang hari. Jadi pikir pikir la kan.

3. Mandi terlalu lama/ kerap mandi:


Ini perkara favorite untuk budak budak yang baru akhli baligh. Kalau time time puasa nie la dia mandi kemain lama, kalau bulan bulan lain, mandi kejap jew "mandi koboi" ini bila bulan puasa jew, kemain lama duduk dalam bilik air. Lagi satu tabiat, kejap kejap nak mandi, kejap kejap nak mandi kan. Bukan apa, takut dikhutiri bila kita terlampau kerap mandi, air kadang kadang boleh masuk kat anggota tubuh badan kita. So nanti sia sia sahaja la puasa kita yew adik adik.



4. Berkumur Belebihan:
Ini pun perkarra favorite budak budak baru nak up. Konon konon bila berkumur tekak rasa lebih basah la. Hhehehe time time aku kecik penah buat okey. Kumur bagai nak gila bila time time nak amik air sembahyang. Kadang kadang terus tertelan air paip. Hahahah kantoi tak cukup puasa kan.



5.Merasa Makanan Dengan Lidah:
Kalau lelaki nie memang jarang la buat, tapi mak cik mak cik, kakak kakak sure penah buat nie. Kadang kadang masa kita nak masak juadah berbuka puasa kan, mesti kita nak pastikan masakan kita sedap, jadi secara spontanya si tukang masak akan merasa sedikit juadah yang di masak kan itu. Tapi akak akak kene ingat ye, perkara ini Makruh dibuat. Jadi pandai pandai la kakak kakak mengagak sukatan masakan nya.


*********

Di bulan puasa ini,blog aku akan aku selitkan entry entry pasal puasa nie, ye la kan, sedikit sebanyak mengigat kan aku jugak pasal puasa nie kan. Dalam banyak banyak bulan, bulan ramdhan la paling mulia, jadi apa la salahnya di bulan ramdhan ini jugak aku tulis entry yang suci suci kan. Hehehhe kalau ada sebarang idea boleh la contact Facebook aku and Twitter aku just search : fauzinor okey. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...