Ingat lagi tak tempoh hari aku ada buat entry pasal Edisi Khas Kad Raya, so dari situ sapa sapa yang pembaca blog ini yang meningalkan alamat kepada aku, aku akan hantar sekeping kad raya kepada mereka. Yezaa, nak kembalikan nostalgiah kad raya katakan.
KAD Raya untuk pembaca aku
Bila beli kad raya teringat zaman dulu dulu, kad raya murah jew 0.30 sen pun ada, kalau nak up sikit kad raya RM1.00 dulu kira dah havoc la, tapi pada tahun 2011 ini, aku mencari kad raya yang kartun kartun tak ada pun, semua yang macam skema skema punya, plus harga pulak paham paham je la kan. Rindu weh kad raya yang karton karton.
STEM Malaysia
Bila nak hantar kad raya, mesti la kita memerlukan stem ye dak. Dan harga stem untuk kad raya atleast, ulang lagi sekali at least RM0.50 sen, dulu dulu RM0.20 sen jew kan dah boleh sampai. So that why para anak muda sekarang lebih menggunakan social media untuk menghantar kad raya, dah tak ada dah hantar kad raya guna pos pos nie, aku je bersemangat . ^_^
Sponsor - Sponsor
Memandang kan dah banyak sangat kad raya yang nak di hantar, jadi aku tulis kat komputer then print tampal jew, patah la tangan aku nak tulis satu satu kan. so senang, jadi pada yang dapat kad raya dari aku, memang semua tulisan komputer jew la yew. Tulisan tangan aku mahal sikit.. hehehhehe
Kad Raya siap untuk dihantar
Mak Aku: Aii, beriya sangat kau hantar kad raya tahun nie.
Aku: Ala mak, ni nak hantar kad scandel scandel orang, kang nanti dia orang merajuk la.
Mak Aku: Classss kau kemain banyak scandell nya!!!
Tong Posmen Berwarna Merah
Jenuh jugak aku mencari tong ni, payah jugak nak jumpa kan sekarang, kalau kau orang tak percaya pergi la survey kat kawasan kau orang, ada tak tong warna merah nie, aku cari kat taman aku tak ada okey, terpaksa la kene pergi bandar nak cari tong posmen berwarna merah nie.
***********************
Wah, bergitu la cerita Kad Raya tahun ini, aku rasa macam nak buat tiap tiap tahun jew, mesti best kan, kepada penerima penerima kad raya, terima kasih la banyak kerana singgah ke blog aku nie, dan tanpa kau orang memang blog nie kelaut la hehehhe.
p/s: Tahun depan ingat nak bagi giveaway kuih raya la, baru havoc :P
p/s: ****Bila dah dapat kad raya plz let me know, ^_^
p/s: Kalau suka like la, ce like ce like ;p
Follow @FauziNorp/s: ****Bila dah dapat kad raya plz let me know, ^_^
p/s: Kalau suka like la, ce like ce like ;p
IKLAN RAYA DATANG LAGI:
@ Dengan Maybank anda boleh mendapat duit raya sehingga RM25,000 [SINI]
@ Nescafe Duit Raya RM10,000 untuk anda [SINI]
@ [PROMOTION]Berseri seri dengan SKII di pagi hari raya[SINI]
@ Nak DUIT raya dengan hanya menggunakan Facebook,Twitter [SINI]





17 Pembaca Tegar:
pergh..tabik!
amirfazwan,
haaha tak yah tabik sangat..
jap kau pun aku wajib bagi sebab tolong WP aku aritu.. huhuhu
yeay!! xsabar tunggu ia sampai ke rumah XD
hahah
amalkan selalu
aku suka
:-)
Cik DOMO: okey tunggu jangan tak tunggu huhuhu ;p
terharu sangat.. :)
Hans: mana tahu raya tahun depan dah kaya sikit leh bagi kuih raya... hahaha
X sabarnya nak dapat kad raya.. Hu.. Hu...
Salam Pojie,
Terima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog Pojie k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...
ok fine! aku sgt eksaited...hehehe
waaaahhh...besstnyeee....tak sabar nak tunggu kad raya sampai...haha...lepas ni kene jadi penunggu setia pos men la...hahaha....thaanxx ye!!
bukan bagi tahu, Siap buat special entri nanti. If God will lah. :)
owhh baru pos ke..mklum laa dh 3 ari tak BW.. Ingt dh poskan.. dop tngu2 posmen smpai kat pgr umh hntr kad raya pojie nie.. tp xde.. lps nie leh ahh tngu ngn setia
BloggerHowt: weh ada jew aku wat entry pasal kad raya aritu.. au jew tak perasan.. huhuhu
Shera:
Hehhehe nantikan kad raya dari pojie okey :p
Eddy , Ad:
HUhuhu nantikan kad raya dari pojie k..
;p
kelas mak kau cakap cmtu kan maria..eh jojie..haha
Post a Comment