Untuk pengkongsian dengan pembaca blog ini.
*********************************************************************************
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan
oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru
baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di
rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia
meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu
bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM
Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya
menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu
dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan
solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka
puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh
sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu
yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya
daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari
itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada
ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu
tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng
kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda
itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu
diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan
cerita.”Pernah satu hari
dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya
menyediakan lauk berbuka puasa ”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya
belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular
yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu
memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal
dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap
kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat
lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia
tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan
menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang
sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah
yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada
zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti
dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam
itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas
mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang
ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang
anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima
oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
*********************************************************************************
Tidak terungkap dengan kata kata. Semperna Hari Raya yang bakal menjelma, marilah kita memohon maaf kepada kedua ibu bapa dan orang orang se keliling kita moga hidup lebih diberkati.
"Berdosa dengan yang Maha Esa kita mampu berdoa kepadanya, Berdosa sesama insan hanya insan itu dapat memaafkannya"
Selamat Hari Raya. Sayangilah keluarga anda.
P/S: Sumber artikel dari email aku.
No comments:
Post a Comment